Terjemahkan teks pada Mac
Apabila anda bekerja dalam dokumen, e-mel, atau mesej, melihat foto atau imej, atau melayari halaman web, anda boleh memilih teks untuk diterjemahkan ke dalam bahasa disokong dan mendengarnya apabila dituturkan.
Terjemahkan teks
Anda boleh menterjemah teks dengan mudah dalam app berlainan pada Mac, termasuk sesetengah app pihak ketiga. Anda juga boleh menggunakan Teks Langsung untuk menterjemahkan teks dalam imej.
Ketik teks yang anda mahu terjemah.
Control-klik teks dipilih, kemudian pilih Terjemah [teks].
Daripada menu timbul bahas, pilih bahasa teks yang anda terjemahkan dan bahasa yang anda mahu terjemahkan kepadanya.
Petua: Klik untuk mendengar terjemahan. Anda juga boleh klik Salin Terjemahan untuk menambah terjemahan ke Papan Klip anda untuk digunakan kemudian.
Gantikan teks dengan terjemahan
Semasa menulis pada Mac, anda boleh menggantikan perkara yang anda telah tulis dengan terjemahan.
Pilih teks yang anda mahu gantikan dengan terjemahan.
Control-klik teks dipilih, kemudian pilih Terjemah [teks].
Klik Gantikan dengan Terjemahan untuk memasukkan terjemahan dan menggantikan teks asal.
Muat turun bahasa untuk terjemahan di luar talian
Anda boleh memuat turun bahasa untuk menterjemah semasa di luar talian. Terjemahan luar talian mungkin kurang tepat berbanding terjemahan yang diproses menggunakan pelayan Apple. Siri dan Safari sentiasa memproses terjemahan dalam talian.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Bahasa & Rantau. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Bahasa Terjemahan.
Klik Muat Turun untuk setiap bahasa yang anda mahu gunakan. Untuk mengeluarkan bahasa yang anda muat turun, klik Keluarkan.
Untuk memproses terjemahan pada Mac anda, walaupun semasa disambungkan ke internet, pilih Mod Pada Peranti.
Klik Selesai.